Jom Buat Duit

Wednesday, May 4, 2011

Impian Ku Sebelum Pergi Selama-lamanya.


Setiap orang mempunyai impiannya tersendiri. Satu benda yang amat berharga jika dapat dicapai. Kepuasan terpancar diwajah bagi mereka yang dapat mancapai impian mereka. Tetapi, bagi mereka yang gagal mencapainya, bukan bermakna gagal mencapainya untuk malah ada yang sanggup mencuba hingga nafas yang terakhir.

Disini, aku senaraikan impian-impian yang ingin ku kecapi dalam hidupku;-

1) berubah dari segala aspek...
2) berbakti kepada keluarga...(terutamanya kepada parents...)
3) bina sebuah keluarga yang bahagia...

itu yang asas, ini pula impian zaman kanak-kanak ku;-
1) melawat Segi Tiga Bermuda...( misteri yang sering menghantui aku....)
2) pergi Mesir...(nak jumpa firaun hahahah....)
3) ada kuasa macam Superman hahahaa...
4) nak carik COUPLE huhuhu....(x penah ada couple...)
5) jadi hacker antarabangsa...( masih dalam proses hehhe...)

well, ini sajalah setakat ni. Rasa-rasanya banyak lagi...ermmm. Kesimpulanya, bersama-samalah kita mencapai impian yang hendak dicapai, berusaha selagi terdaya. Satu pantun untuk tatapan semua...

ladang bunga luas sekali,
telah ku beli dari Pak Musa,
orangnya indah cantik sekali,
bolehkah aku usha??

hahhaa....


Monday, April 18, 2011

Filem Gerak Khas edisi UNIMAS


Hahahaha...bila dikenang balik memori semester ni, memang banyak yang telah berlaku pada diriku. Saya akan mulakan dengan cerita kena saman oleh Pak Polisi...

Insiden ni berlaku diluar kawasan UNIMAS ( mesti la huhuhu...). Selepas malam perasmian 1Malaysia, aku bercadang untuk pergi ke Kolej Bunga Raya, cuci baju yang ntah berapa minggu x dibasuh hehehe. Dalam perjalanan pergi ke kolej tersebut, "alamak!, minyak moto nak habis..". Aku dah jerak habis minyak tengah2 malam dijalan raya.

So, lepas je tekan suis "wash", aku terus keluar untuk beli minyak kat stesen minyak depan UNIMAS. Sebelum tu, pak guard tahan jap, tanya nak pergi mana. Runding punya runding, "5 minit sahaja..." kata pak guard hampeh tersebut.

Apa lagi, pecuttt.....tak sampai 1 minit dah sampai ke destinasi. Cepat2 isi minyak, tengok jam, dah 3 minit. Ermmmm..."mcm mna aq nak buat ni?" aku berfikir. Ahhh!!, ikut jalan tu balik ler.
Tengok kanan, tengok kiri, tak ada sebuah pun kereta pada waktu tersebut. Ye lah, jam 2 pagi la kata kan.

Jalan punya jalan, sampai kat simpang.....DAN!!! pada masa tu lah kereta p
olis kat seberang jalan ( aku lawan arus la hahaha...). Apa lagi, depa hon la aku, berhenti kat luar gate masuk UNIMAS. Aku perasan satu perkara, MEREKA TAK ON LAMPU KERETA, patut pun aku tak nampak.

Dengan serta-merta, keluarlah mereka bertiga ( macam dalam filem pulak, gerak khas hahha....). "Mana lesen?", tanya si muda. "Ada road tax?", tanya tok misai. Dengan peluh mcm air hujan, aku jawap "alamak, lesen tinggal la tuan...."(sambil belek2 dompet).

"Cakap betul2, ada lesen ke tak ni?!!". Dibentak dengan soalan yang keras, aku pun jawap la, " saya tak ada lesen tuan..." (sambil2 buat muka humble....). "Kan senang macam ni, tak payah nak tipu2" kata tok misai sambil minta IC dan roadtax moto. Aku bagi alasan y
ang pak guard suruh cepat, tapi mana ada depa nak dengar.

Arghhhh!!! Saman!!! rasa nak terjun bangunan je. Huhuhuhu, mana aku nak cari duit ni. Tapi, satu keajaiban berlaku, aku dapat cool down walaupun masalah ini agak besar bagi aku. Syukur, alhamdulillah. "Nah, saya bagi 2 saman ok, satu saman
tak ada lesen, satu lagi lawan arus." kata tok misai. "Ok, terima kasih." jawap ku....
Wahahah, rasa nak nagis pun ada, memikirkan cara nak bayar saman ni.

Aku nekad untuk menjual gitar kesayangan ku, first gitar tu....huhuhu. Ditambah dengan duit perbelanjaan, cuma tinggal RM 20 je dalam poket. Dalam akaun bank habis kena korek.

Tapi, semua itu tidak menjadi masalah, janji saman dah dibayar. Trauma kena saman? tak juga lah hehehe. Kat bawah ni salah satu slip pembayaran saman aku.




Saturday, April 16, 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ( asyik2 1 Malaysia....)


Rasanya dah berkurun tak update blog ni oleh sbb kekangan kerja sebagai mahasiswa yang sentiasa melambai2 utk disiapkan. Akhirnya, alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi sedikit masa kepada diriku. Penghujung semester bermakna final exam tak lama lagi.
Study belum mula lagi....hermmm. Banyak benda yang nak saya ceritakan, tapi rasanya tak cukup sehari nak ceritakan dari A ke Z.
Ok lah, setakat ni dulu. Nanti kalau ada masa, kita sambung balik......



Saturday, January 15, 2011

Tahniah Pehin Sri.



Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74, dan pasangannya Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi, 29, yang bernikah bulan lalu diraikan pada satu majlis persandingan di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya di Kuching, malam semalam.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa Menteri Kabinet Persekutuan dan negeri. Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.
Ragad, dari Syria, merupakan anak bongsu pasangan Waleed dan Khayam Al-Kurdi dan mempunyai dua abang serta seorang kakak. Taib dan Ragad dinikahkan pada 18 Dis tahun lalu di kediaman ketua menteri Sarawak paling lama itu di Demak Jaya di Petra Jaya.




Ini adalah perkahwinan kedua Talib. Isteri beliau sebelum ini Puan Sri
Laila Taib, yang berasal dari Poland, meninggal dunia akibat kanser pada April tahun lalu. Sepanjang hidup bersama selama 50 tahun, mereka dikurniakan empat anak dan 15 cucu.

Thursday, January 13, 2011

Hayatilah...

Aku telah disakiti oleh kamu...
Aku telah dikhianati oleh kamu...
Kau tinggalkan ku dan membebankan ku...
Semua ini engkau lepaskan semua tanggungjawab mu..
kepada aku...

Tapi...
Tidak mengapa mungkin ini sudah jalannya..
Aku bukanlah dewa yang tidak penah berbuat dosa...
Aku manusia sama seperti mu seperti yang lain nya juga..

Aku bukanlah dewa yang pernah berbuat dosa
Aku manusia sama seperti mu seperti yang lain nya juga
Bukan tidak memahami mu..
Belajarlah untuk mengerti aku..
Jangan hanya aku yang mengerti mu...
selalu menuruti apa kata mu...

Bermulanya Cerita Baru...


Pahit manis tahun lepas membuatkan Pak Dol berasa lebih bersemangat untuk memulakan azam baru pada tahun ini. Nak tahu azamnya?? Em, seperti biasa, sebagai seorang mahasiswa, azam untuk menaikkan G.P.A dan C.G.P.A semestinya menjadi azam yang utama. Kalau ditoleh pada semester lepas, keputusan amatlah manyakitkan hati.
Entahlah, mungkin disebabkan oleh keadaan persekitaran yang tidak berapa selesa atau sistem pembelajaran yang agak "menekankan" Pak Dol yang tak berapa pandai sangat ni.

Tapi itu cerita lama, tahun ini, tukar mind set, mesti dapat pointer yang baik punyer. Selalu ingatkan pada diri betapa susahnya kehidupan keluarga, pengorbanan ibu bapa dan harapan tinggi mereka terhadap diri ini...huhuhu...emo plak diri ni.
So, marilah kita tunaikan azam yang hendak dicapai dan jangan mudah berputus asa.