Jom Buat Duit

Monday, April 18, 2011

Filem Gerak Khas edisi UNIMAS


Hahahaha...bila dikenang balik memori semester ni, memang banyak yang telah berlaku pada diriku. Saya akan mulakan dengan cerita kena saman oleh Pak Polisi...

Insiden ni berlaku diluar kawasan UNIMAS ( mesti la huhuhu...). Selepas malam perasmian 1Malaysia, aku bercadang untuk pergi ke Kolej Bunga Raya, cuci baju yang ntah berapa minggu x dibasuh hehehe. Dalam perjalanan pergi ke kolej tersebut, "alamak!, minyak moto nak habis..". Aku dah jerak habis minyak tengah2 malam dijalan raya.

So, lepas je tekan suis "wash", aku terus keluar untuk beli minyak kat stesen minyak depan UNIMAS. Sebelum tu, pak guard tahan jap, tanya nak pergi mana. Runding punya runding, "5 minit sahaja..." kata pak guard hampeh tersebut.

Apa lagi, pecuttt.....tak sampai 1 minit dah sampai ke destinasi. Cepat2 isi minyak, tengok jam, dah 3 minit. Ermmmm..."mcm mna aq nak buat ni?" aku berfikir. Ahhh!!, ikut jalan tu balik ler.
Tengok kanan, tengok kiri, tak ada sebuah pun kereta pada waktu tersebut. Ye lah, jam 2 pagi la kata kan.

Jalan punya jalan, sampai kat simpang.....DAN!!! pada masa tu lah kereta p
olis kat seberang jalan ( aku lawan arus la hahaha...). Apa lagi, depa hon la aku, berhenti kat luar gate masuk UNIMAS. Aku perasan satu perkara, MEREKA TAK ON LAMPU KERETA, patut pun aku tak nampak.

Dengan serta-merta, keluarlah mereka bertiga ( macam dalam filem pulak, gerak khas hahha....). "Mana lesen?", tanya si muda. "Ada road tax?", tanya tok misai. Dengan peluh mcm air hujan, aku jawap "alamak, lesen tinggal la tuan...."(sambil belek2 dompet).

"Cakap betul2, ada lesen ke tak ni?!!". Dibentak dengan soalan yang keras, aku pun jawap la, " saya tak ada lesen tuan..." (sambil2 buat muka humble....). "Kan senang macam ni, tak payah nak tipu2" kata tok misai sambil minta IC dan roadtax moto. Aku bagi alasan y
ang pak guard suruh cepat, tapi mana ada depa nak dengar.

Arghhhh!!! Saman!!! rasa nak terjun bangunan je. Huhuhuhu, mana aku nak cari duit ni. Tapi, satu keajaiban berlaku, aku dapat cool down walaupun masalah ini agak besar bagi aku. Syukur, alhamdulillah. "Nah, saya bagi 2 saman ok, satu saman
tak ada lesen, satu lagi lawan arus." kata tok misai. "Ok, terima kasih." jawap ku....
Wahahah, rasa nak nagis pun ada, memikirkan cara nak bayar saman ni.

Aku nekad untuk menjual gitar kesayangan ku, first gitar tu....huhuhu. Ditambah dengan duit perbelanjaan, cuma tinggal RM 20 je dalam poket. Dalam akaun bank habis kena korek.

Tapi, semua itu tidak menjadi masalah, janji saman dah dibayar. Trauma kena saman? tak juga lah hehehe. Kat bawah ni salah satu slip pembayaran saman aku.




Saturday, April 16, 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia ( asyik2 1 Malaysia....)


Rasanya dah berkurun tak update blog ni oleh sbb kekangan kerja sebagai mahasiswa yang sentiasa melambai2 utk disiapkan. Akhirnya, alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi sedikit masa kepada diriku. Penghujung semester bermakna final exam tak lama lagi.
Study belum mula lagi....hermmm. Banyak benda yang nak saya ceritakan, tapi rasanya tak cukup sehari nak ceritakan dari A ke Z.
Ok lah, setakat ni dulu. Nanti kalau ada masa, kita sambung balik......